20 May 2012

::PERUBAHAN::



status facebook terbaru :



betul kan statement aku tu?

ok laa start dengan perempuan laa... (sebab aku berjantina perempuan.. so of course lah aku lebih memahami perempuan nie cemana)

biasanya orang perempuan nie selalu nak appear yang terbaik depan orang yang tersayang... especially bf/tunang/pakwe... betul tak? eleh jangan tipulah... pantang ade orang lelaki je... tak kire lahbf ke bukan bf ke.. crush ke... korang mesti nak jaga appearance korang... kelakuan korang... tingkah laku... betul tak? kalau tak orang tak cipta make-up la... skin care laa ape mende... tu semua produk untuk mengelokkan yang tak elok.. dan seperti biasa orang perempuan la yang mula2 sekali akan grab these kind of products right?

jadi orang lelaki nie akan tertarik dengan ape yang diorang nampak tu... kecantikan korang ke.. akhlak korang ke.. percakapan korang ke... itu yang menarik hati bakal suami korang tu.. ye tak? jadi appearance yang korang ade tu.. membuatkan kaum Adam nie jatuh cinta dengan korang.. dan membuatkan diorg ingin mengahwini korang di sebabkan kriteria2 tadi... dan diorang mengharapkan... sifat2 yang korang tunjukkan tu akan kekal dengan korang sampai bila2 walaupun selepas KAHWIN...

tapi alangkah malangnya jika yang terindah hanyalah sementara... setelah dikahwini... rupa2 nya apa yang membuat mereka jatuh cinta sudah hilang entah kemana... kalau dulu masa bercinta.. " ye bang.. nak apa bang?" dengan penuh manja dan memikat hati.. selepas kahwin " abang nie nak apa lagi? tak nampak ke orang tgh masak nie" perghhh suara manja tadi bertukar menjadi GORILA!! mih mih mih.. cemana tu???

kalau dulu masa bercinta.. kalau nak dating.. waduhhhh cantiknya... pakaian perghh mengancam.. cukup menawan.. wangi tak yah cakap laa... separuh botol perfume agaknya... dah kahwin adeh... kata orang kampung teman " rogo-ragei" hahhaa sememeh.. selekeh... tak seglamer dulu... 

jadi punah lah harapan si LELAKI yang mengharapkan WANITA yang di kahwininya itu tidak berubah.. malahan berubah 360 darjah tak seperti dulu....


yang LELAKI pulak... orang perempuan ini biasanya memang tertarik jugak pada appearance dan kelakuan seseorang lelaki itu untuk menambat hatinya... dan yes, aku akui... LELAKI memang cukup jujur dalam bentuk kelakuan buruk/ habit .. orang LELAKI memang tak kisah nak menunjukkan sifat buruk diorang depan girlfriend / partner diorang walaupun sebelum berkahwin.. takde rasa nak cover langsung... dan orang PEREMPUAN biasanya akan terusssss bersabar dan tolerate dengan partner diorang betul tak?

nak cakap kat sini actually perempuan nie boleh TOLERATE bad habit bf diorang.. asalkan tak berlebihan.. kan kan kan?

soalnya.. sebab orang PEREMPUAN selalu fikir yang kaum LELAKI ini akan berubah bila tiba masanya nanti... iaitu mungkin selepas kahwin... masa bercinta mereka fikir " oh takpelahh pakwe aku nie suka sangat main game... lepas KAHWIN nanti berubah la dia... akan jadi lebih bertanggungjawab dan sbgnya..." tapi malang hakikatnya... biarpun selepas KAHWIN.. lelaki ini terus terusan mengamalkan sifat/habit buruknya... so macamana tu? lain yang diharapkan... lain yangmendapat....

tapi statement aku nie tak merujuk pada semua orang.... tapi kebanyakan orang... tak semua LELAKI dan PEREMPUAN seperti yang aku statement kan... ada jugak yang memang berubah... dan ada jugak yang memang tak perlu diubah...

apa yang penting ialah saling percaya mempercayai dan tolak ansur... kalau ada yang kurang di mata... bincang dan tegur elok2.. manusia bukan semuanya PERFECT... it is up to us yang menyukat PERFECTNESS pasangan kita tu tara mana... betul tak? 

p/s: aku pun perlu BERUBAH....insyaAllah