Bukan semua orang mengalami alam percintaan yang sentiasa
bahagia. Kadang-kadang orang yang paling kita saying inilah yang selalunya
membuat kita menderita. Dalam bahagia ada air mata. Kecamukan perasaan yang
maha hebat. Dalam cinta ada benci.
Tapi kadang-kadang ada hikmah di sebalik kecamukan perasaan
ini. Sedar tidak sedar… itu adalah terpulang kepada kita. Yang merasakannya.
Cinta kerana simpati? Benarkah mampu tercipta cinta sejati
kerana simpati? Kenapa perlu terkilan bila ada yang mencintai kita kerana
simpati? Adakah kerana takut cinta itu akan hilang tatkala perasaan kasihan itu
tersisih? Ataupun bimbang cinta itu memang tak pernah ada? Yang ada hanyalah
simpati yang tak bertepian? Mencintai kerana terpaksa?
Cinta kerana kepuasan material? Mendekati seseorang itu
kerana ingin mengambil kesempatan atas apa yang mampu diberikan kepada kita?
Kadang-kadang kita terpaksa meninggalkan kekasih kita kerana
ingin melihat dia bahagia. Biarpun kita menderita.. biarpun kita tak rela…
namun demi kebahagiaan orang yang kita cintai itu.. kita rela melepaskan dia
pergi. Apalah erti kebahagiaan andai orang yang kita cintai menderita?
Relakah kita berkorban demi dia. Merasakan derita asalkan
dia disamping kita. Merasakan sengsara asalkan dia setia? Menutup mata dan cuba
menerima segalanya demi cinta?
Kadang-kadang kita hanya menyedari kewujudan cinta dalam
hati kita apabila si dia sudah pergi meninggalkan kita. Pada ketika itu,
penyesalan mula mengetuk pintu hati dan minda, mengingatkan kita pada perbuatan
kita yang menyebabkan dia pergi. Pada ketika itu kita cuba meminta dia dating kembali
kedalam hidup kita, dan kita mula berjanji untuk tidak mensia-siakan perasaan
cinta yang disemai demi kita. Hati mula dirasuk kerinduan yang amat sangat
sehingga mampu membuatkan kita gila. Persoalan “kalau” mula bermain di minda..”kalaulah
aku berbuat lebih baik untuk dia” “kalaulah dia masih ada disisi” sehingga
terbit penyesalan yang tidak berkesudahan.
Adakalanya kita terfikir, cukupkah cinta dan layanan kita
kepada si dia selama ini? Andai esok kita pergi, adakah akan bermain-main di
fikirannya bahawa kita tidak mencintainya sepenuh hati? Jika esok kita pergi,
pernahkah dia menyedari bahawa cinta kita hanyalah untuk nya? Andai kita pergi esok hari, sudahkah kita
memastikan bahawa dia mengetahui betapa besarnya cinta kita padanya?
*entri di atas ditulis berdasarkan lagu2 dalam playlist saya…
The list of the song :
1. Di
Kalung Kasihan by Imran Ajmain
2. Payphone
by Maroon 5 ft Wiz Khalifa (cover by Tiffany Alvord
3. Salam
Untuk Kekasih by Nadia
4. Ku
Takkan Bersuara by Nike Ardilla
5. Kehilangan
by Firman
6. If
Tomorrow Never Come by Ronan Keating