Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

17 April 2013

keek keek keek

so ... there started a new trend now~ it's keek!

so basically keek is a social network site where u can post short videos (max.36 sec) and expected people comment or keekback u~

here's someof my earliest keeks..








there's more video on my keek.. so do follow me if u have keek account~ @tacaistaca

thank u!



perempuan vs lelaki


Sebelum Kahwin:

Lelaki : tidak boleh bercinta dengan ramai wanita. Sekali dia telah berjanji untuk mengahwini seseorang perempuan itu, dia harus menunaikan janjinya

Perempuan : punyai hak untuk memilih bakal suami / imamnya. Boleh memilih mana-mana lelaki yang disukainya

Selepas Kahwin :

Lelaki : punyai hak untuk berkahwin dua, tiga atau empat asalkan mampu berlaku adil.

Perempuan : tiada pilihan lain selain setia dengan suaminya. Wajib mencintai suaminya sahaja dan haram baginya untuk berhubungan dengan lelaki lain selain mendapat keizinan suaminya.


........Wallahu'alam..........

10 April 2013

persoalan cinta ?


Bukan semua orang mengalami alam percintaan yang sentiasa bahagia. Kadang-kadang orang yang paling kita saying inilah yang selalunya membuat kita menderita. Dalam bahagia ada air mata. Kecamukan perasaan yang maha hebat. Dalam cinta ada benci.
Tapi kadang-kadang ada hikmah di sebalik kecamukan perasaan ini. Sedar tidak sedar… itu adalah terpulang kepada kita. Yang merasakannya.
Cinta kerana simpati? Benarkah mampu tercipta cinta sejati kerana simpati? Kenapa perlu terkilan bila ada yang mencintai kita kerana simpati? Adakah kerana takut cinta itu akan hilang tatkala perasaan kasihan itu tersisih? Ataupun bimbang cinta itu memang tak pernah ada? Yang ada hanyalah simpati yang tak bertepian? Mencintai kerana terpaksa?
Cinta kerana kepuasan material? Mendekati seseorang itu kerana ingin mengambil kesempatan atas apa yang mampu diberikan kepada kita?
Kadang-kadang kita terpaksa meninggalkan kekasih kita kerana ingin melihat dia bahagia. Biarpun kita menderita.. biarpun kita tak rela… namun demi kebahagiaan orang yang kita cintai itu.. kita rela melepaskan dia pergi. Apalah erti kebahagiaan andai orang yang kita cintai menderita?
Relakah kita berkorban demi dia. Merasakan derita asalkan dia disamping kita. Merasakan sengsara asalkan dia setia? Menutup mata dan cuba menerima segalanya demi cinta?
Kadang-kadang kita hanya menyedari kewujudan cinta dalam hati kita apabila si dia sudah pergi meninggalkan kita. Pada ketika itu, penyesalan mula mengetuk pintu hati dan minda, mengingatkan kita pada perbuatan kita yang menyebabkan dia pergi. Pada ketika itu kita cuba meminta dia dating kembali kedalam hidup kita, dan kita mula berjanji untuk tidak mensia-siakan perasaan cinta yang disemai demi kita. Hati mula dirasuk kerinduan yang amat sangat sehingga mampu membuatkan kita gila. Persoalan “kalau” mula bermain di minda..”kalaulah aku berbuat lebih baik untuk dia” “kalaulah dia masih ada disisi” sehingga terbit penyesalan yang tidak berkesudahan.
Adakalanya kita terfikir, cukupkah cinta dan layanan kita kepada si dia selama ini? Andai esok kita pergi, adakah akan bermain-main di fikirannya bahawa kita tidak mencintainya sepenuh hati? Jika esok kita pergi, pernahkah dia menyedari bahawa cinta kita hanyalah untuk nya?  Andai kita pergi esok hari, sudahkah kita memastikan bahawa dia mengetahui betapa besarnya cinta kita padanya?

*entri di atas ditulis berdasarkan lagu2 dalam playlist saya…
The list of the song :
1.    Di Kalung Kasihan by Imran Ajmain
2.    Payphone by Maroon 5 ft Wiz Khalifa (cover by Tiffany Alvord
3.    Salam Untuk Kekasih by Nadia
4.    Ku Takkan Bersuara by Nike Ardilla
5.    Kehilangan by Firman
6.    If Tomorrow Never Come by Ronan Keating

29 November 2012

:: i love you ::


Kelakar sebab saya tak pernah ingat untuk mencatat saat-saat manis antara kita. Walaupun saya sangat mencintai awak. Tapi saya ingat, hampir semua saat indah yang terjadi di antara kita. Pertama kali saya mencium tangan awak. Pertama kali awak menyuap saya makan.. pertama kali kita bertemu… dan pertama kali awak mengakui awak sukakan saya. Saya tak pernah lupa. Saat kita bergaduh.. pertama kali awak datang rumah saya.. semuanya.

Awak sangat berharga pada diri saya. Awak tak boleh ditukar ganti. Saya tak tahu .. tapi saya takkan melepaskan awak pergi. Saya rasa saya dah jumpa cinta sejati saya.

Awak menyayangi saya tak seperti orang lain. Awak tak selalu tunjuk, tapi saya tahu awak sangat sayangkan saya. Awak selalu marah saya.. tapi sekejap je awak dah cool down balik. Awak tahu kat mana kelemahan saya, saya tak boleh merajuk atau marah lama-lama dengan awak.

Kalau awak nak tahu saya tak pernah bercinta macam ni dengan orang lain. Sebulan dua bulan.. saya dah rasa jemu. Tapi dengan awak, saya rasa lain. Saya tak pernah jemu rindu awak.. tunggu awak dan mencintai awak.
Saya akui kita berkawan taklah selama mana.. tak sampai pun dua tahun. Tapi saya amat menghargainya. Dan selalu saya berharap yang awak akan merasakan yang sama dengan saya. Saya tak akan berhenti menyayangi awak. Segalanya tentang awak menarik perhatian saya.

Saya akui kadang-kadang saya cemburu dengan kawan-kawan awak terutamanya perempuan. Saya tahu awak tak lah treat diorang macam awak treat saya, tapi saya tak dapat menolak perasaan cemburu tu. Tapi Alhamdulillah, saya Berjaya kawal kemarahan dan cemburu saya. Kerana awak selalu membuat saya bahagia 

Kat sini saya nak memohon ampun dan maaf kalau sepanjang saya berkawan dengan awak, awak rasa saya membebankan atau menyusahkan awak. Saya minta maaf kalau saya tak sempurna di mata awak. Tapi saya tahu tak mungkin ada wanita lain yang akan menyayangi awak seperti mana saya menyayangi awak. Saya sangat-sangat berharap yang awak tahu yang setiap hari saya berusaha untuk memahami awak, dan cuba untuk membuat awak bahagia.

Kalau awak nak tahu setiap kali lepas berjumpa dengan awak atau berkomunikasi dengan awak, jiwa saya rasa tenang. Senyuman akan terukir di bibir saya, dan air mata gembira akan terbit di mata saya. Awak pemegang jiwa saya, sayang.

Setiap kali awak panggil saya sayang dalam sms / chat (walaupun kadang2 tak ikhlas) saya akan senyum sepanjang hari tu. Kelakar bunyinya, namun itulah reality yang berlaku kepada saya. 

Saya akan tunggu awak datang untuk melamar saya. Saya tak sabar nak menjadi milik awak yang mutlak. Saya tak sabar untuk menjaga awak sebagaimana awak akan menjaga saya.

Saya amat menyayangi awak. Saya nak kita bahagia selama-lamanya.

Pastikan kau dengan aku..
Jangan ada cinta lain…
Tak pernah ada terlintas..
Niat ku untuk berpaling…
Maafkan aku sayang..
Bila belum kau bahagia..
Sejauh langit di atas ..
Kan ku kejar bahagiamu..

25 October 2012

anak menangis dan mcd delivery

terbaca satu post dari cik kak DeLancrettLurpak pasal anak menangis.. haih memang menyirap kadang2 tengok parents skang nie... especially new parents.. susah betul nak disiplinkan anak.. biarje anak melalak bagai nak gile tetengah khalayak ramai kan... kalau anak lari2 kat medan selera ke kenduri ke.. tak reti2 nak piat telinga tu? biar je...



aku rasa masa kecik dulu cukup takut nak buat nakal2 tak tentu hala macam tu.. ayah ngn mak jeling pun dah kecut.. terbayang je rotan yang tergantung kat tengah umah tu menunggu kalau buat nakal2 tak tentu hala... adehs...

mak bapak skang (yelah takleh nak cakap ape,.. aku belum jadi parent lagi) terlalu manjakan anak.. that's why kadang2 anak rude ke nakal ke.. susah nak ditegur balik... kalau buat hal kat sekolah.. cikgu marah.. makbapak balik serang cikgu! tak ke mampoih tu..

so jangan salahkan sape2 la kalau anak tak berdisiplin or rude kat sape2... sebab mak ayah pun buat derk je... lagi seronok sembang2/update facebook/twitter/instagram dari didik anak2!



pasal mcd delivery plak... basically komen aku..service agak hampeh... order lebih sejam baru sampai... lepas tu website order tracker memang hampeh tak macam domino's pizza tracker... lepas tu kalau lambat tu takde kupon ke voucher ke (unlike domino's) pastu order selalu tak cukup... contoh order breakfast tp tak bagi hashbrown! memang hampeh... kesimpulannye jangan order mcd guna delivery... domino's adalah fastfood delivery paling best kat malaysia! believe me,,,,

ok sekian saje bebelan saya... nak g masak memasak nie babai!

20 May 2012

::PERUBAHAN::



status facebook terbaru :



betul kan statement aku tu?

ok laa start dengan perempuan laa... (sebab aku berjantina perempuan.. so of course lah aku lebih memahami perempuan nie cemana)

biasanya orang perempuan nie selalu nak appear yang terbaik depan orang yang tersayang... especially bf/tunang/pakwe... betul tak? eleh jangan tipulah... pantang ade orang lelaki je... tak kire lahbf ke bukan bf ke.. crush ke... korang mesti nak jaga appearance korang... kelakuan korang... tingkah laku... betul tak? kalau tak orang tak cipta make-up la... skin care laa ape mende... tu semua produk untuk mengelokkan yang tak elok.. dan seperti biasa orang perempuan la yang mula2 sekali akan grab these kind of products right?

jadi orang lelaki nie akan tertarik dengan ape yang diorang nampak tu... kecantikan korang ke.. akhlak korang ke.. percakapan korang ke... itu yang menarik hati bakal suami korang tu.. ye tak? jadi appearance yang korang ade tu.. membuatkan kaum Adam nie jatuh cinta dengan korang.. dan membuatkan diorg ingin mengahwini korang di sebabkan kriteria2 tadi... dan diorang mengharapkan... sifat2 yang korang tunjukkan tu akan kekal dengan korang sampai bila2 walaupun selepas KAHWIN...

tapi alangkah malangnya jika yang terindah hanyalah sementara... setelah dikahwini... rupa2 nya apa yang membuat mereka jatuh cinta sudah hilang entah kemana... kalau dulu masa bercinta.. " ye bang.. nak apa bang?" dengan penuh manja dan memikat hati.. selepas kahwin " abang nie nak apa lagi? tak nampak ke orang tgh masak nie" perghhh suara manja tadi bertukar menjadi GORILA!! mih mih mih.. cemana tu???

kalau dulu masa bercinta.. kalau nak dating.. waduhhhh cantiknya... pakaian perghh mengancam.. cukup menawan.. wangi tak yah cakap laa... separuh botol perfume agaknya... dah kahwin adeh... kata orang kampung teman " rogo-ragei" hahhaa sememeh.. selekeh... tak seglamer dulu... 

jadi punah lah harapan si LELAKI yang mengharapkan WANITA yang di kahwininya itu tidak berubah.. malahan berubah 360 darjah tak seperti dulu....


yang LELAKI pulak... orang perempuan ini biasanya memang tertarik jugak pada appearance dan kelakuan seseorang lelaki itu untuk menambat hatinya... dan yes, aku akui... LELAKI memang cukup jujur dalam bentuk kelakuan buruk/ habit .. orang LELAKI memang tak kisah nak menunjukkan sifat buruk diorang depan girlfriend / partner diorang walaupun sebelum berkahwin.. takde rasa nak cover langsung... dan orang PEREMPUAN biasanya akan terusssss bersabar dan tolerate dengan partner diorang betul tak?

nak cakap kat sini actually perempuan nie boleh TOLERATE bad habit bf diorang.. asalkan tak berlebihan.. kan kan kan?

soalnya.. sebab orang PEREMPUAN selalu fikir yang kaum LELAKI ini akan berubah bila tiba masanya nanti... iaitu mungkin selepas kahwin... masa bercinta mereka fikir " oh takpelahh pakwe aku nie suka sangat main game... lepas KAHWIN nanti berubah la dia... akan jadi lebih bertanggungjawab dan sbgnya..." tapi malang hakikatnya... biarpun selepas KAHWIN.. lelaki ini terus terusan mengamalkan sifat/habit buruknya... so macamana tu? lain yang diharapkan... lain yangmendapat....

tapi statement aku nie tak merujuk pada semua orang.... tapi kebanyakan orang... tak semua LELAKI dan PEREMPUAN seperti yang aku statement kan... ada jugak yang memang berubah... dan ada jugak yang memang tak perlu diubah...

apa yang penting ialah saling percaya mempercayai dan tolak ansur... kalau ada yang kurang di mata... bincang dan tegur elok2.. manusia bukan semuanya PERFECT... it is up to us yang menyukat PERFECTNESS pasangan kita tu tara mana... betul tak? 

p/s: aku pun perlu BERUBAH....insyaAllah


18 April 2012

new entry

february, march and now april... with two months out of any entries.. i finally post something here..

telling you.. this was the most eventful 3 months of my life... ups and downs.. tears and laughters.. everything.. but finally i have come to the end of it..

love life? things are doing good for me and enRambutan... we're really now moving into things more serious and thinking about getting married! how cool is that? we already dating for more than 7 months now... and for me that is quite long enough time to started thinking about marriage right?

i know some people took years of dating before finally decided to get married... but i think i have found my Mr.Right.. he may not be perfect... but i am not perfect too... i know i can tolerate him and he can stand me.. the problem now is finance but i think it is not a major problem. i don't mind small wedding as long as i can live with this man that i love.

truthfully, i don't think i can find another guy like enRambutan. he made me mad sometimes, but he always know how to soothe me back. and i don't know why i fell in love with him over and over again. i missed him all the time and i never felt this way before. Loving him is like a new experience for me.

pen off now... bye

22 January 2012

hey hey hey...

it's been a while since i update my blog...bless me, days have been hectic as i have started my practice session as a teacher in SK Parit Melana. cikgu2 kat sana baik2 belaka.. peramah and very very helpful.. the kids too... everywhere we went (me and my partner, Gurl) there's always kids wants to salam us.. perasan retis uolls~

SK Parit Melana is considered a small school. each Year they only got 2 Classes, Bestari and Bijak.. Bestari is for the higher achiever kids, while Bijak is for lowers.. nevertheless, there are also smart kids in Bijak classes..

As usual, things started with the introductory classes, which i think not that successful.. i don't have any preparations and just blurted out what's on my mind. also, i never expected that i got 3 classes (year 3 Bijak, 4 Bijak and 5 Bestari) which i think is a lott~!! i have hard times to remember each faces... however there are kids that successfully managed to get into my head..

i wished i have more to type about the kids.. but it's just the first week... so i think i'll update about the skool later :P

12 January 2012

::cuti2 bersama taca:: the Lost World of Tambun~

amaran: post banyak gileerrrr gambarrr~!!!

hehhe bajet macam cuti sangat!!! sebenarnye dah lama dah pergi LWT (Lost World of Tambun) ne... tapi masa tu malas nak update.. so saje laa bikin ini entry~

pergi nie pun sebab disponsor oleh En Khair Al Amin merangkap cousin tersayang.. sebab nak menemankan isterinya (the gorgeeous Kak Bash~) and the 3 princesses (Nabilla, Asha dan Humayra). so me and kak long pun bersetuju lah nak pergi...

kami pergi pun dah lewat.. dekat pukul 4 bru pergi.. sebab nak tggu Papa diorg nie (Khair) sampai ke Ipoh dr KL naik train.. baru nak pergi,,, me and kak long bajet cam malas dah.. tetibe saat aku tgh menggoreng tempe, dapat call suh pergi jugak...

lama jugak la kami tggu diorg kat parking LWT tu.. siap dapat habiskan lagi satu tapewe (ejaan bongok) tempe goreng celup tepung tuh kami berdua ratah, baru la diorg sampai..

harga tiket for adult = rm45 dan kanak2 = rm 38.. kanak2 yg tak melebihi 90cm lak masuk free.. kitorg ade 5 org dewasa (Abg Khair, Kak Bash, Me, kAK lONG and Mbak) dan 2 kekanak (Nabilla dengan Asha) so total kemusnahan kewangan pada hari itu ialah RM 205 + RM 76 = rm281.. Humayra dikire free sebab tak cukup ketinggian~  time kasih pada encik sponsor!

so bila dah pakai bangle getah tu.. masuk lah kitorg kedalam taman tema LWT tuh... memula skali mestilah kitorg berlari2 ke Tube Raiders... Tube Raiders nie ade 4 slides kot... ade slides yang memningkan dan ade slides yg biasa2 je... aku naik slides nie 2 kali je.. memula yang paling tak thrill... pasal naik ngn bebudak kan... lepas tu bru try yang paling longest and winding-est (ape punye bahasa laa) .. perghh memang best wa cakap lu... laju dan menyirap andrenaline aku :)) terbaik dari ladang.... ride nie best.. tapi mencungap sket nak panjat ke atas... hehehhehe :P sambil pikul pelampung berat tuh!

tapi ade jugak part tak best... sebab kene sound dua kali dengan ride attendant tu.. sebab pakai seluar bukan kriteria dia... aku pakai suar slack getah... ahahha dia nak suh aku pakai suar tight tu... aku wat bodoh je... malas nak amik port...

lepas tu kitorang bergerak ke Cliff Racer... Cliff Racer nie slides jugak... tapi slides tak pusing2 macam Tube Raiders tu.. aku naik mende nie 4 kali kot... 3 kali ngn anak2 sedara aku.. dan 1 kali lg ngn budak mana tah.. dia nak naik lg slides tu.. tapi mak dia tak koser dah.. so mak dia tanye if aku leh temankan... aku pun tibai jerk~ hahah bukan kene bayor pun!

pastu kitorg masuk kat Adventure River tu sebab budak2 kecik tu semua dah trauma naik slides yg giler tu... biasa je lah Adventure River nie... bersenang lenang duk kat atas pelampung... sambil ditolak oleh En Khair... haha tapi kat sini pun budak2 tu leh nak jerit2... hahahha tak koser!! best jugak laa... huhuhu


lepas tu... kitorg pun duk rehat kejap... kak long aku, mbak ngn Humayra tak naik slides2 tu semua... then kitorg gerak gi Amusement /Dry Park... masa pergi dah nak kul 6 pun.. so kebanyakan rides semua dah tutup... kecuali satu je... Storm Rider.. ala2 pirateship kat Sunway Lagoon tu... tu pun sebenarnye dah nak tutup... tapi kesian tgk kitorg kat situ, diorg kasik jugak laa naik.... this time semua org naik ride tu kecuali Kak Bash dan Humayra... dengan Mbak2 skali kitorg paksa naik...

Kapal tu swing sampai 180 degrees kot... MbAK duk sebelah aku.. dah angkat2 tangan hentak2 kaki dah sebab takut... pucat muke!! wakakaka... lama jgak la atas swing tu... lepas tu abg2 ride attendants tu offer lagi satu trip, sebab kitorg last kan.. tapi sebab Mbak nak turun... so dia pun tak jadilah bagi kitorg satu ride lagi.. hehhehe~ (aku pun kecut perut gak.. tapi wat muke berlagak berani)

Sebab dah pukul 6 so amusement park ngn Waterpark pun dah nak tutup laa.. so tempat yg masih bukak lagi ialah tempat hotspring... kat sini ade dua tiga kolam yang berlainan suhu... paling rendah 37 degrees celcius.. dan paling panas ialah 45 degrees which is the Sauna Cave.. kat sini ade jacuzzi pool, infinity pool dan macam2 lagi laa... footspa pun ade... so lepas kitorg dah main air sejuk... masuk plak tempat nie untuk mandi hotspring... tempat nie lak di buka sampai pukul 10 mlm... bila dah malam kat sini macam club plak.. dengan gedang gedung bunyi lagu.. dengan lampu2 nye... tapi kitorg duk kat sini kejap je... dalam dua jam lebih je kot... lepas tu kitorg pun siap2 la nak balik... lepas tu kitorg order laa makanan serba sedikit kat sini... so far makanan agak mahal dan mengecewakan... servis lambat... dan makanan pun tak bape best... huhu tapi sebab org banje.. den sabor je lahhh

bila nak balik tuuu hujan lebat kooottt!!! hahhhaha berlari kitorg masuk dalam keta...


























sekian saja laporan dari saya.... so far saya bagi 3.5 bintang :)

01 January 2012

taca can cook :: cheesecake tips! ::

i know most of us looovesss cheesecake! dan ramai yang anggap cheesecake atau kek keju adalah sangat rumit untuk dibuat.. tapi pada pendapat saya, cheesecake adalah dessert yang paling mudah nak dibuat dan orang kata failproof jika anda ikut tips2 yang akan saya senaraikan dibawah ini.. tips2 ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membuat cheesecake~

1. pertama sekali ialah base.. base cheesecake ini pelbagai.. ada yang gunakan kek / sponge kek, ada yang gunakan graham/ digestive biscuits yang di hancurkan (cookie crumb style) .. dan ada jugak yang buat sebiji cookies yg besar untuk dijadikan alas pada cheesecake nie.. tapi pada saya base yang paling versatile serta mudah untuk disediakan ialah cookie crumb style.. caranya mudah.. hancurkan apa2 jenis biskut ,selalunya digestive cookies/ biskut marie / oreo adalah pilihan terbaik untuk buat base.. ada juga yang menggunakan biskut halia sebagai base.. dan campurkan dengan mentega yang telah dicairkan.. ratio 2:1 .. maknanya jika menggunakan 200gm biskut, mentega cair adalah sebanyak 100gm. setelah digaulkan, teksturnya hendaklah seperti pasir basah. kemudian tekan kan kedalam loyang sehingga rata dan meliputi seluruh dasar loyang.. tekan menggunakan belakang garfu atau gunakan penekan pastri.. kemudian sejukkan di dalam freezer. jika suka, bahan2 base ini boleh dipelbagaikan dengan mencampurkan kekacang yang dihancurkan atau bijiran seperti cornflakes dan juga serbuk koko... malah boleh juga dicampurkan dengan coklat cip!

2. filling : untuk membuat filling yang smooth.. pastikan semua bahan2 berada dalam suhu bilik atau room temperature.. ini untuk memmastikan filling anda tidak berketul2 atau lumpy. bahan telur hendaklah dimasukkan akhir sekali supaya tidak dipukul terlalu lama.. kerana telur akan memerangkap udara. udara yang terperangkap ini akan kembang bila dibakar dan mengakibatkan cheesecake anda crack! so pukul dulu bahan2 lain sebelum masukkan telur! kebanyakan cheesecake tidak memerlukan sebarang tepung.. namun jika anda mashukan cheesecake yang lebih stabil, anda boleh mencampurkan satu sudu besar tepung jagung atau kastad ke dalam adunan filling... tapi awas, tepung kastad akan menyebabkan adunan putih menjadi kuning.. oleh itu jika anda tidak mahu warna filling anda kekuningan, gunakan tepung jagung.

3. waterbath : ramai yang masih tak faham apa itu waterbath. waterbath nie bermakna bakar dalam air... tujuan waterbath ialah untuk mengawal suhu dalam oven supaya serata dan tidak menyebabkan cheesecake merekah! cara cara membakar menggunakan teknik waterbath : lapiskan bahagian luar loyang dengan aluminium foil sebanyak dua lapis.. ini bertujuan supaya air tidak meresap kedalam loyang springform. kemudian letakkan loyang kedalam sebuah loyang petak yang lebih besar.. tuangkan air panas mendidih kedalam loyang yang dibahagian luar dan masukkan kedalam oven. pastikan air tidak terpercik ke dalam adunan cheesecake.. karang rosak pula cheesecake anda..

4. untuk mengelakkan permukaan cheesecake anda overcook, tutupkan bahagian atas loyang anda dengan aluminium foil.. periksa cheesecake anda selepas 50 min membakar.. biasanya cheesecake masak bila mana bahagian tepi permukaan kek telah set, manakala bahagian tengahnya masih jiggly..

5. biasanya cake akan masak dalam masa 50-55 mins.. dah masak jangan terus keluarkan dr oven.. nanti 
merekah.. biar dia sejuk dalam oven jap.. (pastikan suis oven dah tutup laa kang hangus lak kang...) lepas tu bru kuarkan loyang, sejukkan kat luar.. dan masukkan dalam peti ais.. atau freezer.. cara nie lg senang nak keluarkan kek dr loyang... tanpa mencederakan kek tuh~


6. jika cheesecake anda disimpan dalam freezer, pastikan anda thaw ia selama 10 min sebelum dihidangkan.. supaya ia lembut,,, tidak lah keras seperti ais!


itu sahaja tips2 cheesecake yang ingin dikongsi~!

p/s: sorry kalau bahasa skema... mode tulis buku resipi!

29 December 2011

new updates

haii.... bertemu lagi kita di segmen merapu dan meraban teben~

alhamdulillah.. masih diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk meng-update blog yang dah berhabuk dan bersawang nieh fiuhhh fiuhhhh *tiup habuk*

susah betul kan nak update blog bila facebook itu lagi addictive! hahahhaha (cakap je laa malas nak tulis blog kan senang?)

so far kehidupan masih lagi sama... masih lagi dengan aktiviti makan-tidur di rumah walaupun sudah hampir tiba di penghujungnya... 4hb dah bukak skolah :((  so sebagai guru pelatih yang amat2 "berdedikasi", terpaksalah ku terima hakikat yang cuti itu sudah hampir tamat! *sroott srooott* sedut hengus

bila bercuti nie most of the time memang lepak kat rumah saje... makan tidur masak dan melayari internet... tu la keje hari2... hahah sampai mak dah bising, ayah dah membebel... lalalala tp tetap buat derk... sebab virus2 degil tu tebal sangat ~ hehehehe

enRambutan? rasanya cuti dua bulan nie bru beberapa kali je jumpa dia :) sebahagian besar perjumpaan itu diadakan di ipoh sajer~ huhuhu jejalan menghabiskan duit minyak... lalala~ kali ini ada banyak perubahan yang kitorg lakukan seperti tidak lagi menghabiskan masa di mcD macam sebelum nie.. sebaliknya menghabiskan masa di Padang Polo untuk beriadah :) hehehhee sungguhla aktiviti yang menyihatkan!!

rasanya relationship aku dengan enRambutan biasa2 je tapi hopefully berjalan dengan lancar :) dan semoga berkekalan hingga ke Jannah~ ehcecee *bajet sweet*
malu + segan + poyo bila kaum keluarga usik... but dalam hati terselit rasa seronok sebab family macam boleh terima hakikat yang aku dah sampai umur "layak gatal nak kawen" hahhaa.. so diorg tak cakap banyak sangat laa bila nak g dating ke ape... kan? bukannye selalu pun... :) dan pandai jugak la enRambutan tu nak tackle hati mak ayah pakcik makcik semua... (siap bagi seplastik besor buah duku + dokong kat kitorg..hehhee thank u sayang, len kali bagi lagi)

lepas2 nie kalau dia buangkan rasa segan dia tu lagi best... bleh la nak ajak datang kenal2 sedara mara ke ape ke? kan kan kan??

ape lagi nak type eh?? hehehhe banyak sebenarnye.. kalau tulis nie sampai tahun depan pun tak habis (eleh bape hari je kan nak tahun depan?) tapi setakat ini lahhh jari jemariku larat nak update! ape2 hal kalau nak tahu perkembangan leh klik klik kat fb~

ok sebelum berpisah korang layankan aje gambar enRambutan, bucuk kita nie~!! babai!!!



p/s: terpaksa tunjuk bontot je utk tatapan uolls~ kthxbai

24 November 2011

..bley tak aku nak jeles?...

hahahaha tak dinafikan kan.. kalau perempuan je mesti nak jeles... sebab cemburu dengan perempuan nie macam isi dengan kuku... apetah lagi kalau pada insan2 yang dia sayang... hehehhe... tapi takpe.. cemburu tu kan tandanya sayang....

so, lumrahlah sebagai perempuan mesti ade perasaan jeles... so dah memang aku nie sah2 jantinanya perempuan... aku pun ade laa perasaan jeles tu... hehehhehe

hermmm nak dijadikan cerita.... boyfrenku@mrphotoG@enRambutan nie memanglah sumpah tak romantik langsung... which is okay for me... aku pun rimas jugak lelaki romantik2 sangat nie.. tapi aku pelik jugak laa... might be sebab dia nie cool sangat2.. so ramai lah peminat wanita dia... huhuhuhu....

so kadang2 aku jeles jugak bila ade gadis2 yang coment2 kat profile fb dia... manja2 gitu.... jadi berbulu jugak aku kan... hahahha... tambah lak kalau aku tgk dia melayan haih... rasa nak meletup je~ heheheh

baru2 nie plak ade gambar berdua dia dengan awek cun... aihh saborje lah....

tapi cemburu2 tu takkan bertahan lama... sebab last2 sekali.. i tengok dia buat derk je... dan i pun decide nak buat derk je... after all dia bujang lagi.. i pun sama.... bukannya ade ikatan ape2 pun.. so biarlah dia nak kawan dengan sesiapa pun...

ermmm tapi stilll... ade jugak jeles tu kan... hahahah


p/s: cemburutandasayang...

20 November 2011

....SayaNakKawen....

MAK, AYAH,




SAYA NAK KAWEN!!


TERIMA KASEH~


p/s: saje nak gedik

18 November 2011

..MeAsAWriter..

i love to write...and i love to express my thoughts on paper (now online paper).. and for me writing is just a way to de-stress myself.

and when i'm expressing myself, i really want people to notice it. and ironically, that's why i rarely write in my blog nowadays, because i have less audience compared to my previous 2 blogs (which have been hacked and died anyway)

i love to get all the attention, that;s why i keep updating my status on facebook, because i have more audience there... and the immediate response really intrigued... people click 'LIKE', people click 'SHARE' and people commented...

so obviously i like Facebook more right??


ok saya merepek....

27 October 2011

gougeres : wishfulthinking

oi wish i have a lovely, rustic wooden table and beautiful white plates.. for plating my food... waiting to be photographed...


i wish i have a super duper camera that can capture my food and make it look delicious and makes people salivates~

i wish i have a big oven so i can bake cakes, pastries, biscuits and stuff so that i can feed the people i love...

i wish i have kitchen utensils that they have in Masterchef kitchen to ease my cooking experience..

i wish i can go to cooking classes... taught by the professional chefs... and learn all the techniques i watched in all those cooking shows...

i wish i have the talent to garnish all the delicacies i made...

by the way, i made some gougeres...  i was intrigued by Derrick Prince, one of the Masterchef US season 2 participants. he served gougeres that wowed Ramsey~!! so i googled up and found David Lebovitz's recipe for gougeres and i found that it is so easy to make... basically it's a choux pastry (same as puff pastry and eclairs dough) but instead of sweet, it is savoury... . the recipe calls for Gruyere cheese, but i don't have that in my pantry (we only stocked up on cheddar, sliced cheese and phildelphia cream cheese) and also chives, so i tweaked up the recipe a bit.. i made a batch this morning...

Cheddar Cheese Gougeres

1/4 cup lowfat milk
1/4 cup water
3 tbsp salted butter
pinch of salt
1 tsp ground blackpepper
1/2 cup all purpose flour
1/2 tsp dried mixed herb
1/2 tsp parsley flakes
2/3 cup grated cheddar cheese
2 eggs

method:
preheat the oven 220 degree celcius

1. mix milk, water, butter, salt and black pepper.. put on medium heat and stir until the butter melted
2. once the butter melt, dump all the flour and stir using wooden spoon quickly until it became a lumpy dough (it will not stick to the pan surface)
3. take it out and let it cool for a few minutes.
4. using a hand mixer, add egg one by one until it became smooth.. add the grated cheese and mxed herbs and parsley flakes..
5. scrape the dough into a piping bag. if u have no piping bag.. take a freezer bag,, cut at one corner and pipe on 

a baking sheet lined with parchment paper (i used a Silpat/ silicone pad).. make sure u leave even space between each piped dough.
7. sprinkle some grated cheddar on each dough and bake fo 10 minutes in 220 deg Celcius and lower the temperature to 190 deg Celcius for further 10 minutes until golden brown..
8. serve warm~



this gougeres puffed perfectly with hollow centre and tastes heavenly with lightly cheesy perfumed... crispy exterior which i think very delicious and keep me asking for more~ perfect companion for tomato soup.. i posted up this bitten little puff to show you the hollowy centre (compare it to my finger, this is a mini mini ones~ r


you can serve this up with soups, salads or any gravy, make it bigger and you can fill the hollow centre with tuna, chicken or any fillings you desire ... 





i forgot which episode i saw Derrick Prince whipped some of these , but i found Masterchef Second Course video featuring him making this gorgeous gougeres with poached egg and sauce~






wishfulthinkingisgreat

26 October 2011

blabber~

there are a lot of things going on in my mind now... when i say a lot.. it means A LOT!

somehow i felt like i wanna puke with all the thoughts that playing in my mind... not because it is revolting in terms of the content.. but it is too much...

but alhamdulillah... i am still standing strong... and i still in the game, playing as hard as i can...

what is more interesting in my life despite of my simply-so-happy love life with mrphotoG?

the answer is : my LIFE itself....

talking about my love life... alhamdulillah.. now i found someone that i love so much. this is not new i spposed, but the fact that he treated me different from the previous guys, make me ponder sometimes, what are my good deeds that Allah granted me such a guy? He cared about me but he does not stop me from doing things that i like... he try not to change me, but he made me wanna be better... he loves me for what i am...what's not to love about that? he show me love and respect at the same time...

at the same time, i found that i am now closer to my family... i don't feel isolated like before... maybe because i am getting older so i want to be more with my family, before i start my own family soon... huhuhu...


i have so much to tell you, fellow readers.. but i don't know how to start and where to start...

recently, i watched the whole Masterchef US season 2 (the whole frickin' season in 2 days! thanks to YouTube) and currently obsessed with gourmet food... i mean really.. the show really exposed me to things that i have never heard before like butter-poaching seafood, coulis (really, this is fruit and sugar on the heat!) , gougere (sounds so french, lovely cheesy thing that i wanna try sometimes) and a lot more culinary terms that i am dying to try.... huhu... thanks to the show, i think my love towards food is somehow revives haha...

05 October 2011

ciri2 lelaki seksi

*artikel nie dipetik dari sini dan sini


Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang. Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang. Pendek kata confident adalah seksi, dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident). Itu lelaki. Kalau perempuan pula? Sama juga. Tapi kali ni bukan tahap keyakinan yang aku nak huraikan. Ini adalah berdasarkan kaji selidik terhadap sekumpulan wanita yang aku buat dalam beberapa bulan lepas.
Kaji selidik ni dilakukan melalui Facebook dan juga forum. Ramai yang beri respon dan pendapat masing-masing. Melalui kesemua respon yang berjaya dikumpul dapat aku simpulkan Ciri-ciri Lelaki Seksi ni terbahagi kepada dua kategori utama iaitu luaran dan dalaman. Perlu diingatkan terlebih dahulu kaji selidik yang aku jalankan ni bukan bertujuan lucah ye. Seksi tidak semestinya bermakna lucah. Kajian ini hanyalah bertujuan untuk menjadi seorang yang sedap dipandang mata wanita. Nak juga tahu apa yang perempuan nampak seksi pada seorang lelaki. Asyik lelaki je nampak seksi wanita je kan hehe.
Dua kategori dapat dipecahkan iaitu kategori Penampilan (luaran) dan Sikap(dalaman) bagi seorang lelaki yang dipandang seksi. Kita tengok hasil kajian bagi kategori Penampilan dulu:
penampilan1 Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Daripada graf kat atas ni memang jelas kebanyakan wanita sukakan lelaki yang berbadan agak tough. Tapi tough yang dimaksudkan bukanlah badan tegap seperti Mr. Universe. Kebanyakan wanita tidak berapa suka lelaki yang terlampau tegap. Tough yang dimaksudkan adalah berbadan tegap sederhana dengan dada yang bidang. Ramai yang cakap bentuk tubuh badan macam Aaron Aziz atau lebih dikenali sebagai Seth Tan dalam drama Nora Elena yang biasanya menjadi idaman para wanita yang disoal-selidik. Kalau ada six packs sikit lagilah diorang suka. Itu pandangan kebanyakan wanita yang ditanya. Lain orang lain taste icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Sama juga dengan ketinggian. Kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Lelaki yang lebih tinggi biasanya dapat digambarkan sebagai lelaki penyelamat. Kebanyakan wanita suka berada dalam dakapan lelaki. Atas sebab itulah lelaki yang lebih tinggi selalunya menjadi pilihan, lagi-lagi yang berdada bidang. Tapi tak semestinya juga. Kalau semua pegang statement ni kesianlah kepada suami yang lebih rendah daripada isterinya hehe. Ada juga orang kata jodoh lebih panjang jika si isteri lebih tinggi daripada suami. Wallahualam.
Tang punggung tonggek lelaki ni jawapan yang paling aku tak sangka. Bukan lelaki je yang suka tengok punggung perempuan, wanita pun tak terkecuali hehe. Punggung gebu macam kuih pau yang jadi idaman kebiasaannya macam striker Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kata diorang hehe. Punggung yang agak tonggek ni kata diorang sedap dicubit ataupun ditampar manja. Jadi lelaki yang berpunggung agak leper tu bolehlah buat senaman membesarkan ‘bumper’ kasi mantap sikit hehe. Untuk isteri juga icon razz Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
tonggek Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Wanita sinonim dengan sifat pembersih dan sifat pembersih itu telah diajar oleh Islam sejak dari akil baligh lagi. Jadi tak mustahil wanita pun inginkan lelaki yang bersih dari segi penampilan, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Perkara pertama yang akan dipandang semestinya pakaian. Lelaki yang suka pakai selekeh kuranglah sikit harapan untuk dipandang wanita. Sama juga dengan kebersihan muka termasuklah mulut. Bau mulut yang segar, misai dan janggut diandam rapi dan kulit muka yang bersih tanpa jerawat. Wajah yang berkumis pun ramai wanita yang suka. Nampak ciri-ciri seorang lelaki maskulin selain daripada senyuman yang menawan katanya.
Berkenaan dengan gigi pula, gigi yang putih bersih dan tersusun dapat mempamerkan senyuman yang sangat manis lagi menawan. Jika senyum gigi kuning, hati yang mula-mula tadi berbunga kembang boleh terkuncup balik hehe. Elakkanlah merokok supaya gigi tak berkarat. Terlalu rendah peratusan wanita yang suka lelaki merokok.
penampilan2 Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Graf kat atas ni sekadar tambahan. Bau badan lelaki pun main peranan sebagai daya penarik keseksian seorang lelaki. Bau badan ni sebenarnya boleh diubah melalui tabiat pemakanan. Tak semestinya orang yang berbadan besar je yang berbau kurang enak. Tapi kalau berbau juga rajin-rajinlah guna minyak wangi atau deodorant.
Ramai juga wanita yang kurang menganggap lelaki berkulit cerah sebagai seorang yang seksi. Kulit sawo matang bak lelaki Malaysia juga yang jadi pilihan. Petanda bagus kepada kita yang berada di Malaysia. Hakikat yang sebenarnya kebiasaan wanita kurang selesa dengan pasangannya yang berkulit lebih cerah daripada dirinya sendiri. Tapi wanita berkulit tak berapa cerah pun cantik juga. Hitam manis kata orang. Kalau hati tu bersih, kulit yang agak gelap pun orang nampak cerah. Setuju?
Lelaki yang berbibir merah nampak lebih seksi daripada bibir yang agak gelap. Kata diorang nak cium mulut rasa lebih sedap. Boleh tahan jugak diorang ni haha. Sama point dengan gigi tadi, elakkan merokok kalau nak selalu dicium isteri dengan janggut sejemput sebagai bonus icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
sikap Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Ok sekarang kita fokus kepada ciri-ciri lelaki seksi melalui sikapnya pula ataupun melalui ciri-ciri dalaman dirinya. Ini sebenarnya yang aku nak fokuskan memandangkan ciri-ciri luaran hanyalah bersifat sementara manakala ciri-ciri dalaman ni akan kekal sampai bila-bila.
Daripada pie chart di atas dapat disimpulkan secara kasar bahawa lelaki yang bersikap cool lebih menjadi pilihan para wanita. Cool seseorang itu berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Rasanya tak perlu dihurai lanjut sebab ianya bersifat agak subjektif.
Selain daripada itu lelaki yang bijak atau mempunyai pengetahuan luas lebih diminati. Secara ringkasnya pandai dalam kebanyakan perkara, sama ada teknikal ataupun perancangan. Lumrah lelaki mempunyai kelebihan merancang berbanding wanita yang selalunya lebih kepada persediaan dalam sesuatu perkara.
Peratusan lain seperti romantik, menghormati orang lain terutamanya orang tua dan juga sikap gentleman itu semua adalah antara sikap-sikap biasa yang selalu diidamkan oleh seorang wanita yang perlu ada pada diri seorang lelaki pilihan mereka.
Secara kesimpulan hasil daripada kaji selidik sekumpulan wanita dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri fizikal bukanlah menjadi point utama keseksian lelaki pada pandangan wanita. Majoriti memandang lelaki yang seksi pada sifat-sifat dan sikap yang ada pada diri lelaki itu sendiri. Wajah kacak, dada bidang dan macam-macam lagi ciri-ciri fizikal hanyalah bonus. Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa sikap atau sifat yang positif dalam diri seseorang itu mampu lahirkan daya penarik kepada sesiapa saja yang memandang. Maksud memandang adalah dengan pandangan mata hati. Lain pula dengan orang yang memandang dengan pandangan hawa nafsu atau pandangan mata saja.
Dalam bahagian kedua nanti akan disenaraikan beberapa lagi Ciri-ciri Lelaki Seksisebagai penguat kepada point lelaki seksi dari segi dalaman atau sikap.
PART 2 
Terima kasih atas kesudian korang untuk baca dan beri sedikit komen dalam entriCiri-ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1 yang lepas. Agak pelik pula entri seperti itu dikeluarkan oleh seorang lelaki. Terasa gay pula haha. Tapi apa salahnya, ianya daripada pandangan wanita 100% yang disoal selidik melalui forum dan Facebook. Masih lagi ternanti-nanti komen daripada golongan wanita untuk entri yang lepas. Malu ke segan? Come on, kalau setuju katakan setuju. Kalau tak, boleh kongsikan pandangan korang pula.
Seperti yang dijelaskan dalam perenggan awal entri yang lepas, seksi tidak semestinya dipandang melalui pandangan nafsu semata-mata. Seksi juga bukanlah hanya sekadar penampilan yang mengghairahkan, baik lelaki mahupun wanita. Makna seksi itu luas dan subjektif mengikut pandangan masing-masing. Selain daripada tahap keyakinan tinggi (bukan ego atau overconfident) yang boleh menyerlahkan keseksian seseorang itu, baik lelaki mahupun perempuan, ada beberapa penampilan, gaya, sikap dan perkara lain yang boleh juga ditakrifkan sebagai seksi. Berdasarkan tajuk entri ini dikhususkan kepada pandangan beberapa orang responden wanita yang sudi berkongsi pandangan masing-masing.

Lelaki Cekap Memandu

Berdasarkan soal selidik, ramai juga wanita yang suka melihat kecekapan si lelaki memegang stereng sambil menukar kelajuan dengan lancar tanpa merasa kereta terhenjut akibat penukaran gear. Ditambah pula dengan sikap cool si lelaki menjadikan dia sangat seksi pada pandangan wanita. Ada wanita yang mengatakan cara lelaki menukar gear ibarat sedang melakukan seks??!! Pelik, tapi itulah fantasi seorang wanita yang kita sebagai lelaki tidak pernah pun terfikir.
Secara ringkasnya terdapat 5 gaya seksi bagi seorang lelaki yang cekap memandu:
  1. Memandu kereta transmisi manual
  2. Memegang stereng dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi memegang gear
  3. Memandu dengan cool tetapi laju
  4. Tidak tergopoh-gapah
  5. Memandu kereta yang hebat (subjektif)
  6. Bonus: Lelaki yang tahu membaiki kereta (tak semestinya pomen icon biggrin Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2  )
Oh, kesian pula dengan lelaki yang memandu kereta transmisi automatik…

Lelaki Bekerja Keras

Kerja keras tidak semestinya mengangkat batu bata dan konkrit untuk membuat bangunan. Maksudnya lelaki yang berusaha kuat dalam kerjanya tidak kiralah kerja apa sekalipun. Lelaki yang bekerja keras dipandang sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, komited dan rajin. Itu yang menjadikannya seorang lelaki yang seksi pada pandangan wanita. Amat jarang wanita sukakan lelaki yang pemalas dan kerja sambil lewa.
Lelaki yang bekerja keras nampak lebih selamat dan terjamin masa depan apabila hidup bersama kelak.

Lelaki Yang Lipat Lengan Baju

Sama juga dengan Lelaki Bekerja Keras di atas. Lelaki yang melipat lengan baju ke paras siku terutamanya baju kemeja dikatakan seksi kerana terserlah dirinya seorang yang komited dan serius dengan tugas. Walaupun tidak semua semua lelaki yang lipat lengan baju atas sebab komited dengan kerja, ianya membawa maksud yang sedemikian bagi pandangan seorang wanita.

Lelaki Yang Berpeluh

Bukan berpeluh kerana dirinya mudah berpeluh. Tetapi berpeluh kerana hasil kerja yang dilakukan oleh si lelaki. Peluh yang menitis dari muka (dagu) ataupun hujung jari tangan dikatakan seksi oleh golongan wanita yang menunjukkan tahap kesungguhan seorang lelaki. Contohnya, peluh yang keluar selepas bersukan atau berjogging di taman.
Tapi jarang wanita suka lelaki yang berpeluh satu badan dalam pakaian kerja hingga menampakkan kemeja yang basah dek peluh. Elakkannya dengan memakai baju singlet yang menyerap peluh. Sediakan juga sapu tangan kecil dalam poket seluar untuk mengesat peluh di muka. Badan mudah berbau akibat peluh? Gunalah deodorant selalu icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2

Lelaki Yang Mempunyai Senyuman Ikhlas

Senyuman menawan dan senyuman ikhlas adalah dua jenis senyuman yang berbeza. Ada lelaki yang mempunyai senyuman menawan tetapi kurang ikhlasnya. Senyumannya hanya sekadar untuk menambat hati wanita atau senyum kerana terpaksa. Berbeza dengan senyuman yang ikhlas yang lahirnya daripada hati yang juga ikhlas. Wanita yang memandang senyuman ikhlas seorang lelaki adalah wanita yang memandang dengan pandangan hati, bukan dengan pandangan mata atau nafsu yang selalunya menipu dan melulu (petikan daripada al-Quran). Senyuman yang ikhlas adalah jauh lebih seksi icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2

Gaya Jalan Seorang Lelaki

Ada wanita yang suka melihat gaya jalan seseorang lelaki. Gaya jalan yang macam mana tidak pula diterangkan secara detail. Mungkin gaya jalan seorang yang berkeyakinan menampakkan dirinya seorang lelaki yang seksi. Mungkin juga gaya jalan seperti seorang model peragaan. Ataupun gaya jalan seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu tunduk dan sedikit bongkok menampakkan dirinya seorang yang humble. Subjektif, tapi ini pun boleh jadi seksi pada pandangan wanita.

Lelaki Yang Suka Mengemas Rumah

Jarang ada lelaki yang suka mengemas rumah. Jika ada, sememangnya dia akan menjadi perhatian kebanyakan wanita. Tidak semestinya pandai mengemas rumah, asalkan suka mengemas supaya keadaan bersih dan tersusun sudah cukup menjadikan dirinya seorang yang seksi pada pandangan wanita.
Tips: Kemas rumah di hujung minggu dan kemudian update status di Facebook dengan ayat ringkas seperti “Sedang mengemas rumah…”. Cuba kira berapa ramai rakan-rakan perempuan yang akan komen nanti icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2

Lelaki Yang Pandai Berjenaka

Tak perlu ulas panjang-panjang, umum mengetahui kebanyakan wanita sukakan lelaki yang ada sense of humor. Tidaklah bermakna mesti pandai berjenaka seperti Johan atau Zizan Raja Lawak. Asalkan pandai mencuit hati untuk bergelak ketawa seketika sudah memadai untuk menambat hati si dia. Bagi wanita ianya juga dikatakan seksi.
Tapi perlu diingat, jangan berjenaka hingga melampaui batas. Elakkan hal-hal yang sensitif dalam jenaka. Wanita adalah golongan yang berjiwa sensitif. Sekali terusik, susah untuk dipujuk. Berjenaka biarlah berpada dan kena pada tempatnya.

Lelaki Berpagoda dan Berkain Pelikat

Sebagaimana kita sang lelaki suka melihat wanita hanya memakai kain batik dan t-shirt atau kebarung singkat, sama halnya juga dengan golongan wanita. Ada juga yang suka melihat lelaki memakai baju pagoda dan berkain pelikat. Seksi katanya. Lebih tepat lagi ianya menunjukkan ciri-ciri seorang yang rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada. Ini pandangan daripada seorang rakan perempuan yang merupakan kaunselor sekolah menengah.

Lelaki Yang Sanggup Mencuci Tandas

Tandas yang dimaksudkan adalah tandas rumah kebiasaannya. Menurut seorang rakan perempuan, katanya lelaki yang sanggup mengemop lantai dan mencuci tandas adalah lelaki yang baik sebab salah satu cara untuk mencuci hati adalah dengan mencuci tempat-tempat yang kotor. Ada betulnya juga pandangannya. Balik rumah nanti nak cuci tandas biliklah icon biggrin Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2
Oh ye, ianya juga nampak seksi mungkin kerana melihat si suami tertonggeng membersihkan tandas hehe.

Ucapan ‘Terima Kasih’ Seorang Lelaki/Suami

Dalam banyak-banyak pandangan dan pendapat yang diterima, ini adalah satu pandangan yang dirasakan paling unik daripada seorang rakan yang baru saja melahirkan seorang anak perempuan baru-baru ini. Ucapan ‘terima kasih’ daripada seorang lelaki terutamanya suami dikatakan sangat seksi walaupun terbuat kopi yang pahit selepas penat pulang dari kerja. Di mana keseksiannya? Seksinya terletak pada sikap sabar dan tenang si suami, dan juga cara menegur yang berhemah yang ditunjukkan oleh suami sebagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. menegur Siti Aisyah r.a. yang terbuat masakan masin untuk diberikan kepada Baginda.
Ucapan ‘terima kasih’ sangat ringkas bunyinya tapi sangat berat untuk diucapkan bagi kebanyakan orang terutamanya si suami kepada isterinya. Harapnya kita sebagai suami boleh berubah menjadi suami yang lebih baik bermula dengan ucapan ‘terima kasih’ yang ikhlas, insyaAllah.
p/s : sebahagian dari di atas ade termasuk dalam ciri2 lelaki seksi di mata saya... anda bagaimana?