05 October 2011

ciri2 lelaki seksi

*artikel nie dipetik dari sini dan sini


Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang. Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang. Pendek kata confident adalah seksi, dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident). Itu lelaki. Kalau perempuan pula? Sama juga. Tapi kali ni bukan tahap keyakinan yang aku nak huraikan. Ini adalah berdasarkan kaji selidik terhadap sekumpulan wanita yang aku buat dalam beberapa bulan lepas.
Kaji selidik ni dilakukan melalui Facebook dan juga forum. Ramai yang beri respon dan pendapat masing-masing. Melalui kesemua respon yang berjaya dikumpul dapat aku simpulkan Ciri-ciri Lelaki Seksi ni terbahagi kepada dua kategori utama iaitu luaran dan dalaman. Perlu diingatkan terlebih dahulu kaji selidik yang aku jalankan ni bukan bertujuan lucah ye. Seksi tidak semestinya bermakna lucah. Kajian ini hanyalah bertujuan untuk menjadi seorang yang sedap dipandang mata wanita. Nak juga tahu apa yang perempuan nampak seksi pada seorang lelaki. Asyik lelaki je nampak seksi wanita je kan hehe.
Dua kategori dapat dipecahkan iaitu kategori Penampilan (luaran) dan Sikap(dalaman) bagi seorang lelaki yang dipandang seksi. Kita tengok hasil kajian bagi kategori Penampilan dulu:
penampilan1 Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Daripada graf kat atas ni memang jelas kebanyakan wanita sukakan lelaki yang berbadan agak tough. Tapi tough yang dimaksudkan bukanlah badan tegap seperti Mr. Universe. Kebanyakan wanita tidak berapa suka lelaki yang terlampau tegap. Tough yang dimaksudkan adalah berbadan tegap sederhana dengan dada yang bidang. Ramai yang cakap bentuk tubuh badan macam Aaron Aziz atau lebih dikenali sebagai Seth Tan dalam drama Nora Elena yang biasanya menjadi idaman para wanita yang disoal-selidik. Kalau ada six packs sikit lagilah diorang suka. Itu pandangan kebanyakan wanita yang ditanya. Lain orang lain taste icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Sama juga dengan ketinggian. Kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Lelaki yang lebih tinggi biasanya dapat digambarkan sebagai lelaki penyelamat. Kebanyakan wanita suka berada dalam dakapan lelaki. Atas sebab itulah lelaki yang lebih tinggi selalunya menjadi pilihan, lagi-lagi yang berdada bidang. Tapi tak semestinya juga. Kalau semua pegang statement ni kesianlah kepada suami yang lebih rendah daripada isterinya hehe. Ada juga orang kata jodoh lebih panjang jika si isteri lebih tinggi daripada suami. Wallahualam.
Tang punggung tonggek lelaki ni jawapan yang paling aku tak sangka. Bukan lelaki je yang suka tengok punggung perempuan, wanita pun tak terkecuali hehe. Punggung gebu macam kuih pau yang jadi idaman kebiasaannya macam striker Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kata diorang hehe. Punggung yang agak tonggek ni kata diorang sedap dicubit ataupun ditampar manja. Jadi lelaki yang berpunggung agak leper tu bolehlah buat senaman membesarkan ‘bumper’ kasi mantap sikit hehe. Untuk isteri juga icon razz Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
tonggek Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Wanita sinonim dengan sifat pembersih dan sifat pembersih itu telah diajar oleh Islam sejak dari akil baligh lagi. Jadi tak mustahil wanita pun inginkan lelaki yang bersih dari segi penampilan, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Perkara pertama yang akan dipandang semestinya pakaian. Lelaki yang suka pakai selekeh kuranglah sikit harapan untuk dipandang wanita. Sama juga dengan kebersihan muka termasuklah mulut. Bau mulut yang segar, misai dan janggut diandam rapi dan kulit muka yang bersih tanpa jerawat. Wajah yang berkumis pun ramai wanita yang suka. Nampak ciri-ciri seorang lelaki maskulin selain daripada senyuman yang menawan katanya.
Berkenaan dengan gigi pula, gigi yang putih bersih dan tersusun dapat mempamerkan senyuman yang sangat manis lagi menawan. Jika senyum gigi kuning, hati yang mula-mula tadi berbunga kembang boleh terkuncup balik hehe. Elakkanlah merokok supaya gigi tak berkarat. Terlalu rendah peratusan wanita yang suka lelaki merokok.
penampilan2 Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Graf kat atas ni sekadar tambahan. Bau badan lelaki pun main peranan sebagai daya penarik keseksian seorang lelaki. Bau badan ni sebenarnya boleh diubah melalui tabiat pemakanan. Tak semestinya orang yang berbadan besar je yang berbau kurang enak. Tapi kalau berbau juga rajin-rajinlah guna minyak wangi atau deodorant.
Ramai juga wanita yang kurang menganggap lelaki berkulit cerah sebagai seorang yang seksi. Kulit sawo matang bak lelaki Malaysia juga yang jadi pilihan. Petanda bagus kepada kita yang berada di Malaysia. Hakikat yang sebenarnya kebiasaan wanita kurang selesa dengan pasangannya yang berkulit lebih cerah daripada dirinya sendiri. Tapi wanita berkulit tak berapa cerah pun cantik juga. Hitam manis kata orang. Kalau hati tu bersih, kulit yang agak gelap pun orang nampak cerah. Setuju?
Lelaki yang berbibir merah nampak lebih seksi daripada bibir yang agak gelap. Kata diorang nak cium mulut rasa lebih sedap. Boleh tahan jugak diorang ni haha. Sama point dengan gigi tadi, elakkan merokok kalau nak selalu dicium isteri dengan janggut sejemput sebagai bonus icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
sikap Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1
Ok sekarang kita fokus kepada ciri-ciri lelaki seksi melalui sikapnya pula ataupun melalui ciri-ciri dalaman dirinya. Ini sebenarnya yang aku nak fokuskan memandangkan ciri-ciri luaran hanyalah bersifat sementara manakala ciri-ciri dalaman ni akan kekal sampai bila-bila.
Daripada pie chart di atas dapat disimpulkan secara kasar bahawa lelaki yang bersikap cool lebih menjadi pilihan para wanita. Cool seseorang itu berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Rasanya tak perlu dihurai lanjut sebab ianya bersifat agak subjektif.
Selain daripada itu lelaki yang bijak atau mempunyai pengetahuan luas lebih diminati. Secara ringkasnya pandai dalam kebanyakan perkara, sama ada teknikal ataupun perancangan. Lumrah lelaki mempunyai kelebihan merancang berbanding wanita yang selalunya lebih kepada persediaan dalam sesuatu perkara.
Peratusan lain seperti romantik, menghormati orang lain terutamanya orang tua dan juga sikap gentleman itu semua adalah antara sikap-sikap biasa yang selalu diidamkan oleh seorang wanita yang perlu ada pada diri seorang lelaki pilihan mereka.
Secara kesimpulan hasil daripada kaji selidik sekumpulan wanita dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri fizikal bukanlah menjadi point utama keseksian lelaki pada pandangan wanita. Majoriti memandang lelaki yang seksi pada sifat-sifat dan sikap yang ada pada diri lelaki itu sendiri. Wajah kacak, dada bidang dan macam-macam lagi ciri-ciri fizikal hanyalah bonus. Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa sikap atau sifat yang positif dalam diri seseorang itu mampu lahirkan daya penarik kepada sesiapa saja yang memandang. Maksud memandang adalah dengan pandangan mata hati. Lain pula dengan orang yang memandang dengan pandangan hawa nafsu atau pandangan mata saja.
Dalam bahagian kedua nanti akan disenaraikan beberapa lagi Ciri-ciri Lelaki Seksisebagai penguat kepada point lelaki seksi dari segi dalaman atau sikap.
PART 2 
Terima kasih atas kesudian korang untuk baca dan beri sedikit komen dalam entriCiri-ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1 yang lepas. Agak pelik pula entri seperti itu dikeluarkan oleh seorang lelaki. Terasa gay pula haha. Tapi apa salahnya, ianya daripada pandangan wanita 100% yang disoal selidik melalui forum dan Facebook. Masih lagi ternanti-nanti komen daripada golongan wanita untuk entri yang lepas. Malu ke segan? Come on, kalau setuju katakan setuju. Kalau tak, boleh kongsikan pandangan korang pula.
Seperti yang dijelaskan dalam perenggan awal entri yang lepas, seksi tidak semestinya dipandang melalui pandangan nafsu semata-mata. Seksi juga bukanlah hanya sekadar penampilan yang mengghairahkan, baik lelaki mahupun wanita. Makna seksi itu luas dan subjektif mengikut pandangan masing-masing. Selain daripada tahap keyakinan tinggi (bukan ego atau overconfident) yang boleh menyerlahkan keseksian seseorang itu, baik lelaki mahupun perempuan, ada beberapa penampilan, gaya, sikap dan perkara lain yang boleh juga ditakrifkan sebagai seksi. Berdasarkan tajuk entri ini dikhususkan kepada pandangan beberapa orang responden wanita yang sudi berkongsi pandangan masing-masing.

Lelaki Cekap Memandu

Berdasarkan soal selidik, ramai juga wanita yang suka melihat kecekapan si lelaki memegang stereng sambil menukar kelajuan dengan lancar tanpa merasa kereta terhenjut akibat penukaran gear. Ditambah pula dengan sikap cool si lelaki menjadikan dia sangat seksi pada pandangan wanita. Ada wanita yang mengatakan cara lelaki menukar gear ibarat sedang melakukan seks??!! Pelik, tapi itulah fantasi seorang wanita yang kita sebagai lelaki tidak pernah pun terfikir.
Secara ringkasnya terdapat 5 gaya seksi bagi seorang lelaki yang cekap memandu:
  1. Memandu kereta transmisi manual
  2. Memegang stereng dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi memegang gear
  3. Memandu dengan cool tetapi laju
  4. Tidak tergopoh-gapah
  5. Memandu kereta yang hebat (subjektif)
  6. Bonus: Lelaki yang tahu membaiki kereta (tak semestinya pomen icon biggrin Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2  )
Oh, kesian pula dengan lelaki yang memandu kereta transmisi automatik…

Lelaki Bekerja Keras

Kerja keras tidak semestinya mengangkat batu bata dan konkrit untuk membuat bangunan. Maksudnya lelaki yang berusaha kuat dalam kerjanya tidak kiralah kerja apa sekalipun. Lelaki yang bekerja keras dipandang sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, komited dan rajin. Itu yang menjadikannya seorang lelaki yang seksi pada pandangan wanita. Amat jarang wanita sukakan lelaki yang pemalas dan kerja sambil lewa.
Lelaki yang bekerja keras nampak lebih selamat dan terjamin masa depan apabila hidup bersama kelak.

Lelaki Yang Lipat Lengan Baju

Sama juga dengan Lelaki Bekerja Keras di atas. Lelaki yang melipat lengan baju ke paras siku terutamanya baju kemeja dikatakan seksi kerana terserlah dirinya seorang yang komited dan serius dengan tugas. Walaupun tidak semua semua lelaki yang lipat lengan baju atas sebab komited dengan kerja, ianya membawa maksud yang sedemikian bagi pandangan seorang wanita.

Lelaki Yang Berpeluh

Bukan berpeluh kerana dirinya mudah berpeluh. Tetapi berpeluh kerana hasil kerja yang dilakukan oleh si lelaki. Peluh yang menitis dari muka (dagu) ataupun hujung jari tangan dikatakan seksi oleh golongan wanita yang menunjukkan tahap kesungguhan seorang lelaki. Contohnya, peluh yang keluar selepas bersukan atau berjogging di taman.
Tapi jarang wanita suka lelaki yang berpeluh satu badan dalam pakaian kerja hingga menampakkan kemeja yang basah dek peluh. Elakkannya dengan memakai baju singlet yang menyerap peluh. Sediakan juga sapu tangan kecil dalam poket seluar untuk mengesat peluh di muka. Badan mudah berbau akibat peluh? Gunalah deodorant selalu icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2

Lelaki Yang Mempunyai Senyuman Ikhlas

Senyuman menawan dan senyuman ikhlas adalah dua jenis senyuman yang berbeza. Ada lelaki yang mempunyai senyuman menawan tetapi kurang ikhlasnya. Senyumannya hanya sekadar untuk menambat hati wanita atau senyum kerana terpaksa. Berbeza dengan senyuman yang ikhlas yang lahirnya daripada hati yang juga ikhlas. Wanita yang memandang senyuman ikhlas seorang lelaki adalah wanita yang memandang dengan pandangan hati, bukan dengan pandangan mata atau nafsu yang selalunya menipu dan melulu (petikan daripada al-Quran). Senyuman yang ikhlas adalah jauh lebih seksi icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2

Gaya Jalan Seorang Lelaki

Ada wanita yang suka melihat gaya jalan seseorang lelaki. Gaya jalan yang macam mana tidak pula diterangkan secara detail. Mungkin gaya jalan seorang yang berkeyakinan menampakkan dirinya seorang lelaki yang seksi. Mungkin juga gaya jalan seperti seorang model peragaan. Ataupun gaya jalan seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu tunduk dan sedikit bongkok menampakkan dirinya seorang yang humble. Subjektif, tapi ini pun boleh jadi seksi pada pandangan wanita.

Lelaki Yang Suka Mengemas Rumah

Jarang ada lelaki yang suka mengemas rumah. Jika ada, sememangnya dia akan menjadi perhatian kebanyakan wanita. Tidak semestinya pandai mengemas rumah, asalkan suka mengemas supaya keadaan bersih dan tersusun sudah cukup menjadikan dirinya seorang yang seksi pada pandangan wanita.
Tips: Kemas rumah di hujung minggu dan kemudian update status di Facebook dengan ayat ringkas seperti “Sedang mengemas rumah…”. Cuba kira berapa ramai rakan-rakan perempuan yang akan komen nanti icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2

Lelaki Yang Pandai Berjenaka

Tak perlu ulas panjang-panjang, umum mengetahui kebanyakan wanita sukakan lelaki yang ada sense of humor. Tidaklah bermakna mesti pandai berjenaka seperti Johan atau Zizan Raja Lawak. Asalkan pandai mencuit hati untuk bergelak ketawa seketika sudah memadai untuk menambat hati si dia. Bagi wanita ianya juga dikatakan seksi.
Tapi perlu diingat, jangan berjenaka hingga melampaui batas. Elakkan hal-hal yang sensitif dalam jenaka. Wanita adalah golongan yang berjiwa sensitif. Sekali terusik, susah untuk dipujuk. Berjenaka biarlah berpada dan kena pada tempatnya.

Lelaki Berpagoda dan Berkain Pelikat

Sebagaimana kita sang lelaki suka melihat wanita hanya memakai kain batik dan t-shirt atau kebarung singkat, sama halnya juga dengan golongan wanita. Ada juga yang suka melihat lelaki memakai baju pagoda dan berkain pelikat. Seksi katanya. Lebih tepat lagi ianya menunjukkan ciri-ciri seorang yang rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada. Ini pandangan daripada seorang rakan perempuan yang merupakan kaunselor sekolah menengah.

Lelaki Yang Sanggup Mencuci Tandas

Tandas yang dimaksudkan adalah tandas rumah kebiasaannya. Menurut seorang rakan perempuan, katanya lelaki yang sanggup mengemop lantai dan mencuci tandas adalah lelaki yang baik sebab salah satu cara untuk mencuci hati adalah dengan mencuci tempat-tempat yang kotor. Ada betulnya juga pandangannya. Balik rumah nanti nak cuci tandas biliklah icon biggrin Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 2
Oh ye, ianya juga nampak seksi mungkin kerana melihat si suami tertonggeng membersihkan tandas hehe.

Ucapan ‘Terima Kasih’ Seorang Lelaki/Suami

Dalam banyak-banyak pandangan dan pendapat yang diterima, ini adalah satu pandangan yang dirasakan paling unik daripada seorang rakan yang baru saja melahirkan seorang anak perempuan baru-baru ini. Ucapan ‘terima kasih’ daripada seorang lelaki terutamanya suami dikatakan sangat seksi walaupun terbuat kopi yang pahit selepas penat pulang dari kerja. Di mana keseksiannya? Seksinya terletak pada sikap sabar dan tenang si suami, dan juga cara menegur yang berhemah yang ditunjukkan oleh suami sebagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. menegur Siti Aisyah r.a. yang terbuat masakan masin untuk diberikan kepada Baginda.
Ucapan ‘terima kasih’ sangat ringkas bunyinya tapi sangat berat untuk diucapkan bagi kebanyakan orang terutamanya si suami kepada isterinya. Harapnya kita sebagai suami boleh berubah menjadi suami yang lebih baik bermula dengan ucapan ‘terima kasih’ yang ikhlas, insyaAllah.
p/s : sebahagian dari di atas ade termasuk dalam ciri2 lelaki seksi di mata saya... anda bagaimana?

0 comments:

Post a Comment