01 January 2012

taca can cook :: cheesecake tips! ::

i know most of us looovesss cheesecake! dan ramai yang anggap cheesecake atau kek keju adalah sangat rumit untuk dibuat.. tapi pada pendapat saya, cheesecake adalah dessert yang paling mudah nak dibuat dan orang kata failproof jika anda ikut tips2 yang akan saya senaraikan dibawah ini.. tips2 ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membuat cheesecake~

1. pertama sekali ialah base.. base cheesecake ini pelbagai.. ada yang gunakan kek / sponge kek, ada yang gunakan graham/ digestive biscuits yang di hancurkan (cookie crumb style) .. dan ada jugak yang buat sebiji cookies yg besar untuk dijadikan alas pada cheesecake nie.. tapi pada saya base yang paling versatile serta mudah untuk disediakan ialah cookie crumb style.. caranya mudah.. hancurkan apa2 jenis biskut ,selalunya digestive cookies/ biskut marie / oreo adalah pilihan terbaik untuk buat base.. ada juga yang menggunakan biskut halia sebagai base.. dan campurkan dengan mentega yang telah dicairkan.. ratio 2:1 .. maknanya jika menggunakan 200gm biskut, mentega cair adalah sebanyak 100gm. setelah digaulkan, teksturnya hendaklah seperti pasir basah. kemudian tekan kan kedalam loyang sehingga rata dan meliputi seluruh dasar loyang.. tekan menggunakan belakang garfu atau gunakan penekan pastri.. kemudian sejukkan di dalam freezer. jika suka, bahan2 base ini boleh dipelbagaikan dengan mencampurkan kekacang yang dihancurkan atau bijiran seperti cornflakes dan juga serbuk koko... malah boleh juga dicampurkan dengan coklat cip!

2. filling : untuk membuat filling yang smooth.. pastikan semua bahan2 berada dalam suhu bilik atau room temperature.. ini untuk memmastikan filling anda tidak berketul2 atau lumpy. bahan telur hendaklah dimasukkan akhir sekali supaya tidak dipukul terlalu lama.. kerana telur akan memerangkap udara. udara yang terperangkap ini akan kembang bila dibakar dan mengakibatkan cheesecake anda crack! so pukul dulu bahan2 lain sebelum masukkan telur! kebanyakan cheesecake tidak memerlukan sebarang tepung.. namun jika anda mashukan cheesecake yang lebih stabil, anda boleh mencampurkan satu sudu besar tepung jagung atau kastad ke dalam adunan filling... tapi awas, tepung kastad akan menyebabkan adunan putih menjadi kuning.. oleh itu jika anda tidak mahu warna filling anda kekuningan, gunakan tepung jagung.

3. waterbath : ramai yang masih tak faham apa itu waterbath. waterbath nie bermakna bakar dalam air... tujuan waterbath ialah untuk mengawal suhu dalam oven supaya serata dan tidak menyebabkan cheesecake merekah! cara cara membakar menggunakan teknik waterbath : lapiskan bahagian luar loyang dengan aluminium foil sebanyak dua lapis.. ini bertujuan supaya air tidak meresap kedalam loyang springform. kemudian letakkan loyang kedalam sebuah loyang petak yang lebih besar.. tuangkan air panas mendidih kedalam loyang yang dibahagian luar dan masukkan kedalam oven. pastikan air tidak terpercik ke dalam adunan cheesecake.. karang rosak pula cheesecake anda..

4. untuk mengelakkan permukaan cheesecake anda overcook, tutupkan bahagian atas loyang anda dengan aluminium foil.. periksa cheesecake anda selepas 50 min membakar.. biasanya cheesecake masak bila mana bahagian tepi permukaan kek telah set, manakala bahagian tengahnya masih jiggly..

5. biasanya cake akan masak dalam masa 50-55 mins.. dah masak jangan terus keluarkan dr oven.. nanti 
merekah.. biar dia sejuk dalam oven jap.. (pastikan suis oven dah tutup laa kang hangus lak kang...) lepas tu bru kuarkan loyang, sejukkan kat luar.. dan masukkan dalam peti ais.. atau freezer.. cara nie lg senang nak keluarkan kek dr loyang... tanpa mencederakan kek tuh~


6. jika cheesecake anda disimpan dalam freezer, pastikan anda thaw ia selama 10 min sebelum dihidangkan.. supaya ia lembut,,, tidak lah keras seperti ais!


itu sahaja tips2 cheesecake yang ingin dikongsi~!

p/s: sorry kalau bahasa skema... mode tulis buku resipi!

0 comments:

Post a Comment