Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts

13 December 2012

::taca can cook : no bake oreo cheesecake::


i was asked by my brother to make two cheesecakes for his office party.. so i decided to make oreo cheesecake and plain vanilla with choc chip cheesecake.

i love this no bake cheesecake recipe. it's a combination of a few recipes but i tweaked a bit and this recipe really a keeper! you can alter the recipe and add ingredients taht you fancy.. the possibilities are endless..

for this recipe i use a 6" spring form pan. if u got a bigger pan u have to double the recipe.

here i will enclose a simple no bake cheesecake recipe..

oreo cheesecake

base:
200gm oreo without frosting (crushed)*
100gm butter

filling:

250 gm cream cheese
125ml whipping cream
2 tbsp gelatine powder
100ml recently boiled water
3 tbsp brown sugar
1 tsp vanilla essence
1 cup of crushed oreo

method:
base : mixed crushed oreo with melted butter. press into a pie pan or springform pan.

filling:
sprinkle gelatine powder into the hot water. stir until dissolve. set aside.
whip the cream until stiff. cover with plastic and put in fridge until needed. in other bowl whip the cream cheese until smooth and add sugar and vanilla. mix until smooth with no lumps. add gelatine mixture and mix until smooth. mix in crushed oreo bits. fold in the whipped cream thoroughly and pour onto prepared base. freeze for at least 4 hours. when serving, let it thaw for 10 minutes before cut and serving.

*i use more... teeheeehee...

01 January 2012

taca can cook : : mixedberryogurt cheesecake ::

cheesecake yang mudah dan simple sangat.. nak lagi sedap? taburkan extra cornflakes ke atas kek! boleh buat breakfast!






MIXED BERRY PLAIN CHEESECAKE

250 gm cream cheese
125ml plain yogurt
125ml blueberry yogurt
2 biji telur
1/4 cawan gula
3 sudu besar jam strawberry
1/2 sdt esen strawberry

campurkan kesemua di atas nie.. pukul sampai tak berketul2 dan smooth... tuang dalam base dan bakar suhu 170C dalam waterbath~

base :
150 gm biskut oat25
50gm cornflakes
100gm butter


hancurkan biskut dan cornflakes. campurkan dengan butter yg telah dicairkan.. gaul sebati dan tekan dalam loyang spring form.. simpan dalam freezer sekurang2nya 1/2 jam..

suka cheesecake nie sebab tak muak sangat.. tak manis sgt dan masam2 sket rasa yogurt!

p/s:sebenarnye nie cheesecake mudah sgt sebab nak habiskan stok cheese dan jam yang dah lama sgt dalam fridge tu

taca can cook :: cheesecake tips! ::

i know most of us looovesss cheesecake! dan ramai yang anggap cheesecake atau kek keju adalah sangat rumit untuk dibuat.. tapi pada pendapat saya, cheesecake adalah dessert yang paling mudah nak dibuat dan orang kata failproof jika anda ikut tips2 yang akan saya senaraikan dibawah ini.. tips2 ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membuat cheesecake~

1. pertama sekali ialah base.. base cheesecake ini pelbagai.. ada yang gunakan kek / sponge kek, ada yang gunakan graham/ digestive biscuits yang di hancurkan (cookie crumb style) .. dan ada jugak yang buat sebiji cookies yg besar untuk dijadikan alas pada cheesecake nie.. tapi pada saya base yang paling versatile serta mudah untuk disediakan ialah cookie crumb style.. caranya mudah.. hancurkan apa2 jenis biskut ,selalunya digestive cookies/ biskut marie / oreo adalah pilihan terbaik untuk buat base.. ada juga yang menggunakan biskut halia sebagai base.. dan campurkan dengan mentega yang telah dicairkan.. ratio 2:1 .. maknanya jika menggunakan 200gm biskut, mentega cair adalah sebanyak 100gm. setelah digaulkan, teksturnya hendaklah seperti pasir basah. kemudian tekan kan kedalam loyang sehingga rata dan meliputi seluruh dasar loyang.. tekan menggunakan belakang garfu atau gunakan penekan pastri.. kemudian sejukkan di dalam freezer. jika suka, bahan2 base ini boleh dipelbagaikan dengan mencampurkan kekacang yang dihancurkan atau bijiran seperti cornflakes dan juga serbuk koko... malah boleh juga dicampurkan dengan coklat cip!

2. filling : untuk membuat filling yang smooth.. pastikan semua bahan2 berada dalam suhu bilik atau room temperature.. ini untuk memmastikan filling anda tidak berketul2 atau lumpy. bahan telur hendaklah dimasukkan akhir sekali supaya tidak dipukul terlalu lama.. kerana telur akan memerangkap udara. udara yang terperangkap ini akan kembang bila dibakar dan mengakibatkan cheesecake anda crack! so pukul dulu bahan2 lain sebelum masukkan telur! kebanyakan cheesecake tidak memerlukan sebarang tepung.. namun jika anda mashukan cheesecake yang lebih stabil, anda boleh mencampurkan satu sudu besar tepung jagung atau kastad ke dalam adunan filling... tapi awas, tepung kastad akan menyebabkan adunan putih menjadi kuning.. oleh itu jika anda tidak mahu warna filling anda kekuningan, gunakan tepung jagung.

3. waterbath : ramai yang masih tak faham apa itu waterbath. waterbath nie bermakna bakar dalam air... tujuan waterbath ialah untuk mengawal suhu dalam oven supaya serata dan tidak menyebabkan cheesecake merekah! cara cara membakar menggunakan teknik waterbath : lapiskan bahagian luar loyang dengan aluminium foil sebanyak dua lapis.. ini bertujuan supaya air tidak meresap kedalam loyang springform. kemudian letakkan loyang kedalam sebuah loyang petak yang lebih besar.. tuangkan air panas mendidih kedalam loyang yang dibahagian luar dan masukkan kedalam oven. pastikan air tidak terpercik ke dalam adunan cheesecake.. karang rosak pula cheesecake anda..

4. untuk mengelakkan permukaan cheesecake anda overcook, tutupkan bahagian atas loyang anda dengan aluminium foil.. periksa cheesecake anda selepas 50 min membakar.. biasanya cheesecake masak bila mana bahagian tepi permukaan kek telah set, manakala bahagian tengahnya masih jiggly..

5. biasanya cake akan masak dalam masa 50-55 mins.. dah masak jangan terus keluarkan dr oven.. nanti 
merekah.. biar dia sejuk dalam oven jap.. (pastikan suis oven dah tutup laa kang hangus lak kang...) lepas tu bru kuarkan loyang, sejukkan kat luar.. dan masukkan dalam peti ais.. atau freezer.. cara nie lg senang nak keluarkan kek dr loyang... tanpa mencederakan kek tuh~


6. jika cheesecake anda disimpan dalam freezer, pastikan anda thaw ia selama 10 min sebelum dihidangkan.. supaya ia lembut,,, tidak lah keras seperti ais!


itu sahaja tips2 cheesecake yang ingin dikongsi~!

p/s: sorry kalau bahasa skema... mode tulis buku resipi!

taca can cook : : marble cheesecake ::

one of the dessert yang aku suka sangat makan dan buat ialah cheesecake atau kek keju.. banyak version cheesecake.. ada baked, no-bake, cotton cheesecake dan macam2 lagi.. bukan setakat sweet version, savoury version pun ade... :)

kalau korang nak tahu, enRambutan suka sangat makan marble cheesecake.. dalam banyak2 cake kat Resipi Rahsia tu.. Marble Cheesecake jugak menjadi pilihannya... tak tahu laa pasal ape :) nama je org kampung (konon) selera omputih tuuu~~ huhuhuh

*resipi nie copy paste from my own recipe in my MAKAN MAKAN MAKAN fb group~

::MARBLE CHEESECAKE::

base:
200gm digestive biscuits (crushed/whacked into powder)
100gm melted butter
1 tbsp cocoa powder


filling:
500g cream cheese (i used TATURA brand)
250ml light sour cream
3/4 cup brown sugar (if u like it sweeter use white caster sugar)
3 large eggs
2 tsp vanilla essence
150gm dark chocolate (melted)

method: 
1. mix crushed biscuits with cocoa power and melted butter. mix it until it became like wet sand.. prepare a springform pan and put all the biscuits mixture. pat it with the back of ur hand (i use fork) until it covers the base of the pan. put in the freezer for 1 hour.
3.preheat the oven at 160 degree celcius.
2. for the filling. mix all the ingredients except for dark chocolate using a han mixer or in a blender until smooth. mix 1/3 of the filling with melted dark chocolate.
3. pour the white batter into the prepared base. pour some of the chocolate mix on top and swirl it to create the marbled effect.
4. bake in waterbath for 55 mins to 1 hr. after 55 mins, shut off the oven and open the oven door a bit.. and let it cool for approximately 1 hr. refridgerate it for 1 hour or more.

waterbath: http://youtu.be/1Ers2q0zoNQ

to marble cheesecake : http://youtu.be/5WRG10VykOw

* for this batter i got 2 cakes : a 7" springform pan and a small corelle pan :P

p/s: gamba upload kemudian eh.. tak jumpe carik~