29 November 2012

:: i love you ::


Kelakar sebab saya tak pernah ingat untuk mencatat saat-saat manis antara kita. Walaupun saya sangat mencintai awak. Tapi saya ingat, hampir semua saat indah yang terjadi di antara kita. Pertama kali saya mencium tangan awak. Pertama kali awak menyuap saya makan.. pertama kali kita bertemu… dan pertama kali awak mengakui awak sukakan saya. Saya tak pernah lupa. Saat kita bergaduh.. pertama kali awak datang rumah saya.. semuanya.

Awak sangat berharga pada diri saya. Awak tak boleh ditukar ganti. Saya tak tahu .. tapi saya takkan melepaskan awak pergi. Saya rasa saya dah jumpa cinta sejati saya.

Awak menyayangi saya tak seperti orang lain. Awak tak selalu tunjuk, tapi saya tahu awak sangat sayangkan saya. Awak selalu marah saya.. tapi sekejap je awak dah cool down balik. Awak tahu kat mana kelemahan saya, saya tak boleh merajuk atau marah lama-lama dengan awak.

Kalau awak nak tahu saya tak pernah bercinta macam ni dengan orang lain. Sebulan dua bulan.. saya dah rasa jemu. Tapi dengan awak, saya rasa lain. Saya tak pernah jemu rindu awak.. tunggu awak dan mencintai awak.
Saya akui kita berkawan taklah selama mana.. tak sampai pun dua tahun. Tapi saya amat menghargainya. Dan selalu saya berharap yang awak akan merasakan yang sama dengan saya. Saya tak akan berhenti menyayangi awak. Segalanya tentang awak menarik perhatian saya.

Saya akui kadang-kadang saya cemburu dengan kawan-kawan awak terutamanya perempuan. Saya tahu awak tak lah treat diorang macam awak treat saya, tapi saya tak dapat menolak perasaan cemburu tu. Tapi Alhamdulillah, saya Berjaya kawal kemarahan dan cemburu saya. Kerana awak selalu membuat saya bahagia 

Kat sini saya nak memohon ampun dan maaf kalau sepanjang saya berkawan dengan awak, awak rasa saya membebankan atau menyusahkan awak. Saya minta maaf kalau saya tak sempurna di mata awak. Tapi saya tahu tak mungkin ada wanita lain yang akan menyayangi awak seperti mana saya menyayangi awak. Saya sangat-sangat berharap yang awak tahu yang setiap hari saya berusaha untuk memahami awak, dan cuba untuk membuat awak bahagia.

Kalau awak nak tahu setiap kali lepas berjumpa dengan awak atau berkomunikasi dengan awak, jiwa saya rasa tenang. Senyuman akan terukir di bibir saya, dan air mata gembira akan terbit di mata saya. Awak pemegang jiwa saya, sayang.

Setiap kali awak panggil saya sayang dalam sms / chat (walaupun kadang2 tak ikhlas) saya akan senyum sepanjang hari tu. Kelakar bunyinya, namun itulah reality yang berlaku kepada saya. 

Saya akan tunggu awak datang untuk melamar saya. Saya tak sabar nak menjadi milik awak yang mutlak. Saya tak sabar untuk menjaga awak sebagaimana awak akan menjaga saya.

Saya amat menyayangi awak. Saya nak kita bahagia selama-lamanya.

Pastikan kau dengan aku..
Jangan ada cinta lain…
Tak pernah ada terlintas..
Niat ku untuk berpaling…
Maafkan aku sayang..
Bila belum kau bahagia..
Sejauh langit di atas ..
Kan ku kejar bahagiamu..

2 comments:

  1. waah taca....senyum jugak shda baca nya...jgn lupa jemput ye

    ReplyDelete
  2. alamak nampak plak cik shda nie... ingat kan takde sape baca blog nie hahaha

    ReplyDelete