10 April 2013

persoalan cinta ?


Bukan semua orang mengalami alam percintaan yang sentiasa bahagia. Kadang-kadang orang yang paling kita saying inilah yang selalunya membuat kita menderita. Dalam bahagia ada air mata. Kecamukan perasaan yang maha hebat. Dalam cinta ada benci.
Tapi kadang-kadang ada hikmah di sebalik kecamukan perasaan ini. Sedar tidak sedar… itu adalah terpulang kepada kita. Yang merasakannya.
Cinta kerana simpati? Benarkah mampu tercipta cinta sejati kerana simpati? Kenapa perlu terkilan bila ada yang mencintai kita kerana simpati? Adakah kerana takut cinta itu akan hilang tatkala perasaan kasihan itu tersisih? Ataupun bimbang cinta itu memang tak pernah ada? Yang ada hanyalah simpati yang tak bertepian? Mencintai kerana terpaksa?
Cinta kerana kepuasan material? Mendekati seseorang itu kerana ingin mengambil kesempatan atas apa yang mampu diberikan kepada kita?
Kadang-kadang kita terpaksa meninggalkan kekasih kita kerana ingin melihat dia bahagia. Biarpun kita menderita.. biarpun kita tak rela… namun demi kebahagiaan orang yang kita cintai itu.. kita rela melepaskan dia pergi. Apalah erti kebahagiaan andai orang yang kita cintai menderita?
Relakah kita berkorban demi dia. Merasakan derita asalkan dia disamping kita. Merasakan sengsara asalkan dia setia? Menutup mata dan cuba menerima segalanya demi cinta?
Kadang-kadang kita hanya menyedari kewujudan cinta dalam hati kita apabila si dia sudah pergi meninggalkan kita. Pada ketika itu, penyesalan mula mengetuk pintu hati dan minda, mengingatkan kita pada perbuatan kita yang menyebabkan dia pergi. Pada ketika itu kita cuba meminta dia dating kembali kedalam hidup kita, dan kita mula berjanji untuk tidak mensia-siakan perasaan cinta yang disemai demi kita. Hati mula dirasuk kerinduan yang amat sangat sehingga mampu membuatkan kita gila. Persoalan “kalau” mula bermain di minda..”kalaulah aku berbuat lebih baik untuk dia” “kalaulah dia masih ada disisi” sehingga terbit penyesalan yang tidak berkesudahan.
Adakalanya kita terfikir, cukupkah cinta dan layanan kita kepada si dia selama ini? Andai esok kita pergi, adakah akan bermain-main di fikirannya bahawa kita tidak mencintainya sepenuh hati? Jika esok kita pergi, pernahkah dia menyedari bahawa cinta kita hanyalah untuk nya?  Andai kita pergi esok hari, sudahkah kita memastikan bahawa dia mengetahui betapa besarnya cinta kita padanya?

*entri di atas ditulis berdasarkan lagu2 dalam playlist saya…
The list of the song :
1.    Di Kalung Kasihan by Imran Ajmain
2.    Payphone by Maroon 5 ft Wiz Khalifa (cover by Tiffany Alvord
3.    Salam Untuk Kekasih by Nadia
4.    Ku Takkan Bersuara by Nike Ardilla
5.    Kehilangan by Firman
6.    If Tomorrow Never Come by Ronan Keating

0 comments:

Post a Comment