27 August 2013

lasagna ko main campak2 aje


panjang tak nama resipi? hahahhaha gigih kan?

actually malu nak share resipi sebab sebetulnya bahannya sangat simple.. main campak2 dan leftovers hahahah acane tu? dan bahan2 nie pun ape yg ade lam pantry dan fridge,, tu yg kite korbankan... tapi takpe.. nanti kite btau jugak ape yang boleh digantikan... ok.. let's check it out~


LASAGNA SEMPOI

bahan A:

lasagna sheet (saya guna cap tesco jeh.. free range egg pasta gitu.. kalau boleh guna yg instant.. so takyah rebus2... saya rebus jugak kejap... tapi hazab koo..  koyak sesaje... nasib baik tak bape nampak haha)

bahan b

1 can mushroom (i guna AYAM brand) hiris nipis2
1 can tuna in olive oil (guna je ape jenis tuna pun boleh.. jugak AYAM brand) - buang minyaknya
lada hitam secukup rasa
5 ulas bawang putih di cincang2 halus
sedikit oregano flakes ( guna mixed herb pun xpe aihh)
1 sdb butter

bahan c

2 biji bawang besar (didadu)
1/2 labu bawang putih (dicincang)
4 sdb cili merah fresh yg dikisar (ikut ske pedas)
1/2 botol sos spageti KIMBALL.. (kite guna perisa garlic and basil.. ikut ske nak guna jenama/perisa ape)
2 biji tomato didadu
2 cawan cream of cauliflower. (yg nie sebenarnye leftover soup yg adik buat kat culinary school dia.. tpi leh ganti dengan 1 cawan cream of mushroom dlm tin + 1 cawan air panas)
sedikit oregano flakes
sedikit rosemary
lada hitam
garam

bahan d

125 gm cream cheese

bahan e

serbuk roti
5 ulas garlic dicincang halus
sedikit oregano
2 sdb marjerin
sedikit lada hitam

cara2nya :

-pasta sheet tu kalau nak rebus.. rebus la ikut arahan dalam paket.. kalau guna instant pasta.. pastikan kuah nanti jangan terlalu pekat.. bagi cair2 sket. ketepikan.. (kalau rebus pasta asingkan 1 mug air rebusan pasta tu..

-sediakan bahan b. panaskan 2 sdb minyak masak. kemudian masukkan cendawan.. kacau 1-2 minit hingga air cendawan kering.. kemudian masukkan garlic dan tumis lagi...1-2 minit.. masukkan butter, oregano dan tuna serta lada hitam... tumis sampai garing... dan kemudian ketepikan.

- sediakan bahan c (kuah) . panaskan minyak.. tumis bawang besar , bawang putih dan cili kisar sampai naik bau dan cili garing. kemudian masukkan tomato dadu dan sos spageti.. kacau lagi.. kemudian masukkan cream of cauliflower/mushroom dan herbs..kacau lagi hingga sebati.. kemudian masukkan bahan b.. dan pasta water jika perlu... seimbangkan rasa gula, garam dan lada hitam.. ketepikan..

- sediakan e. cairkan marjerin dalam pan.. kemudian masukkan bawang putih.. tumis hingga wangi.. masukkan bread crumbs (1/2 cawan), herbs dan lada hitam..  gaulkan hingga rata dan kacau sampai agak garing dan rangup.. ketepikan..

untuk assemble lasagna:

panaskan oven 180 Celcius..

ambil baking dish anda.. mula-mula ratakan 2 senduk kuah ke dasar baking dish,.. kemudian lapiskan dengan pasta.. kemudian ratakan kuah atas pasta. ambil cream cheese cubitkan kecil2 dan taburkan random atas kuah td.. kemudia lapiskan dengan pasta. then ratakan kuah then cheese.. buat sampai habis layer semua .. pastikan atas sekali ialah kuah.. kemudian . taburkan bahan e (topping) rata2 keatas permukaan lasagna.. masukkan dalam oven dan bakar 45 minit hingga topping garing dan bertukar warna keemasan..

tips:
1) boleh tambahkan apa jenis sayur kalau suka...
2) bahan b boleh ganti dengan daging atau fresh mushroom... tujuan tumis bahan b nie sebab tuna ngn cendawan dalam tin tu mcm hanyir sket.. oh ye dan i bubuh sket lime jus (1 sdt) nak hilangkan hanyir tuna
3) cream cheese boleh ganti dengan ape2 jenis cheese yang anda suka.. kalau taknak letak pun xpe...
4) kalau ade cheddar cheese parutkan sket atas permukaan lasagna baru letak topping
5) kalau ade parmesan serbuk tu.. gaul dengan topping sebelum tabur...

0 comments:

Post a Comment